Monday, February 8, 2010

Selamat tinggal 2009

Tahun berlalu begitu cepat,tidak sedar umur da meningkat...macam baru setahun lalu sa khawin....:), anak da pun masuk 2 tahun...sangat cepat masa berlalu.. apapun hidup perlu diteruskan walaupun terlalu banyak cabaran dalam meniti hidup berkeluarga...

rasanya, terlalu lama sa tidak meng'update blog. Masa dan mood tidak mengizinkan sa untuk mengupdate blog ini...sibuk je..sibuk dengan anak, sibuk buat kerja rumah dan sebagainya, seribu satu alasan untuk tidak mengupdate blog ini... kalau tidak sibuk, mood pula yang menghalang untuk membuka blog ini.. eiii, mb ni la perasaan dan situasi apabila umur dah memasuki era 30 hehehehee....Namun sa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana masih dapat bernafas menikmati kehidupan ini...Thanks God.

Awal-awal tahun lagi sdah banyak cabaran yang datang. pening kepala bila memikirkan soal amah...amah!amah!amah... fade up dah cari amah..sekarang semua keja buat sendiri.Kalau dulu, semua amah buat kecuali memasak, sekarang waa sangat rajin da sa,,tiada udah yang diharap buat keja...sendiri la buat...penat???sangat penat..hari-hari buat rutin yang sama.......sampai tidak sempat dah mekap2 :),bila sentuh mekap, anakpun akan join sama..terpaksa layan anak dulu heheh .....but, ada masa duduk rumah sangat memboringkan, apatahlagi bila semua keja da siap, anak tidur, mama pun ikut tidur menambah babat..hehehe

....masa untuk ke kedai terpaksa dihadkan memandangkan anak perlu dijaga....kedai pun terpaksa monitor online/sms....harap pekeja yang di'hire' bertanggungjawab dan bolehdiharap..tetapi setakat ni keja dorang ok jugala...tidak tahula kalu ada cerita lain berlaku....Tuhan melihat setiap jerih payah anda..

apapun, ni la kisah pahit, masam dan manis sa sejak bulan januari, sa terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa amah...syukurla, bulan Februari ni, otak sa dah buli fikir, tidak lagi seperi bulan lalu...jem macm trafik jem....aiyo, hari2 sa mengadu boring terutama dengan husband...syukurla husbnd memahami....hidup mesti diteruskan.....matlamat dan impian tahun ini mesti tercapai....chayoo!chayoo!!

Wednesday, December 9, 2009

TBW 4-6/12(tema : malam joget)







wow...berbaloi mengikuti TBW baru2 ni.kalu ada mau lg ikut...bestla, banyak info terbaru, boleh digunakan dalam rutin seharian..apa2 pun tahniah kepada pengendai program..saksikanla saat2 manis sepanjang TBW

Thursday, December 3, 2009

hobby makes money??






wow, x'ms tak lama lg...mesti korang yang jauh2 nda sabar mo balik kg kan.. terutama yang student...ingat zaman2 dahulu kala hehehe...mmeng nda sabar mo balik kg.....sambut xmas di kg mmg best bp bersama family, rakan2 sekampung dan orang2 kg..heheheh
apa pun, sa ingin mengucapkan Merry x'mas n happy new year 2010 kepada semua....
dan Ni la aktiviti sa sepanjang hari ini...

pas ajar memandu dalam sejam, sa meneruskan aktiviti kegemaran sa iaitu menconteng muka orang hehehe, hobby makes money... betul ka??
betul la....yang penting kita ikhlas n happy untuk buat apa pun...n orang yang kita servise pun happy juga...
Selamat Pengantin baru kepada Jamiri & wife

Thursday, November 12, 2009

Pembantu rumah(amah) selalu berhenti???





Pembantu rumah selalu berhenti???
semua keluarga pastinya mempunyai masalah yang sama...sia pun cam tu juga..pening kepala fikir kalu pembantu rumah berhenti... nda pa kalu berhenti warning awal2.. ni tiba2 je menghilang.....
kepada mereka2 yang selalu pening memikirkan pembantu rumah, emm..berikut adalah beberapa cadangan;
i) sekali-sekala bawalah amah jalan2/shopping/yang penting keluar dr rumah....dorang mesti happy punya hehehe...
ii) berilah mereka cadangan untuk menjaga penampilan--beli pakaian berfesyen, kosmetik (asalkan tidak melebih2 sudah--naya kita kalu udah terlebih)
iii) ajar cara masak sayur dan sebagainya(amah sia muda lg so kena ajar itu ini terutama memasak)
iv) layan dorang macm saudara kita sendiri...

kalu ada cadangan lain sila beri komen :)

Saturday, October 31, 2009

Internet slow???

:) baru puas hati dapat surf internet.. laju g tu..tiada lg 'traffic jam'.......banyak cara da cari info cara ndak lajukan internet termasukla menghubungi tmnet..tetapi hasilnya sama juga...........
sia mencadangkan, download la browser google chrome.....
pasti anda puas hati...


ni yang tmnet cadangkan dengan sia...

Walaubagaimanapun, ingin kami maklumkan bahawa sebelum membuat sebarang ujian untuk menentukan tahap kelajuan Internet anda, disarankan agar anda boleh melakukan langkah penyelesaian seperti berikut:

1. Jangan guna "splitter"/ "micro filter"/ mesin faks/ "lightning protector".
2. Membuat sambungan terus dari modem ke soket dinding (Tanpa "parallel line").
3. "Flush" Domain Name Server (DNS).
a) Untuk Windows 98/ME:
- Klik butang Start dan kemudian klik pada "Run".
- Taip "winipcfg" kemudian klik "OK".
- Pilih jenis network card yang digunakan oleh PC anda.
- Klik pada butang "Release".
- Kemudian alamat IP akan menunjukkan bacaan 0.0.0.0. dan kemudian
klik "Renew All".
- Klik "Close" untuk menutup tetingkap program.

b) Untuk Windows 2000/XP:
- Klik butang "Start" dan kemudian klik pada "Run".
- Taip "cmd" dan klik "OK".
- Taip "ipconfig /flushdns" dan tekan butang "Enter" di keyboard.
- Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah "Successfully flushed the
DNS Resolver cache".
- Taip "exit" dan tekan butang "Enter" di papan kekunci bagi menutup tetingkap program.

4. Matikan bekalan kuasa modem dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum menghidupkannya semula.
5. Membuat dialer dan mengkonfigurasi DNS.
(Preferred DNS Server: 202.188.0.133 /Alternate DNS Server: 202.188.1.5).
6. Matikan bekalan kuasa modem serta komputer.
7. Bacaan ujian 'Bandwidth' melalui 'Bandwidth Test Page' kami di
http://202.188.95.52:8080/speedometer/
Bagaimanapun, sekiranya keputusan ujian bandwidth dibawah 80% daripada kelajuan maksimum, sila sertakan keputusan ujian tersebut dalam kilobits (kbits).

Jika anda masih menghadapi masalah tersebut, sila nyatakan butir-butir akaun Streamyx anda seperti dibawah supaya kami dapat mengajukan kes ini kepada pihak Unit Teknikal kami untuk siasatan lanjut mengenai masalah anda.

1) Username:
2) Nama orang yang perlu dihubungi:
3) Nombor telefon untuk dihubungi
- Rumah/Pejabat:
- Telefon bimbit:
4) Sistem Operasi: (Win/Mac):
5) Jenis modem:
6) Status lampu modem:
7) Nombor yang didaftarkan ke Streamyx:
8) Mesej yang keluar semasa menghadapi masalah:
9) 1 ujian Bandwidth:
10) Pakej Streamyx:
11) Sejak bila masalah terjadi:
12) Masa yang terbaik untuk menelefon anda:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di
help@tm.com.my .
Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100 dan pilih "Perkhidmatan Internet" untuk bantuan lanjut.

Tuesday, October 27, 2009

aktiviti hujung minggu...

Hujung minggu tanpa aktiviti pastinya amat mem'boring'kan...
memandangkan hujung minggu lalu tidak ada sebarang planing, so sa bercadang untuk 'stay' di rumah bersama anak, mengemas, dan yang sewaktu dengannya...
masa yang terluang saya gunakan untuk mencurahkan idea n skill'(:)...
walau tidak secantik manapun, sekurang-kurangnya saya berpuas hati dengan hasil kerja sendiri...






Saturday, October 24, 2009

23/10/09-wed at kg. tombuloi












Ingat dekat ni kg. rupanya sana "puru"..jauuuuuuuuuuuh betul..sampai sa termimpi2 tu jarak perjalanan yang sangat jauh..pakai kancil lg..syukur nda hujan, kalu hujan nda la buli naik tu bukit hehehe..experiance juga la...huhu...


Become reality © 2008. Design by :Blogger Templates 2009 Gallery Blog